Sejarah penubuhan Kulliyah Ulum Islamiah Zulkifli Muhammad (KUIZM)

Kolej ini mula dibangunkan pada 14 Mac 2010 di atas bekas tapak Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak. Ia yang dinaungi oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, dan pembangunannya melalui Lembaga Khas Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi PAS.[2] Pelancaran pembangunannya telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.[3]

Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) telah menguruskan penubuhan KUIZM sebelum dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah KUIZM sehingga hari ini. KUIZM yang mempunyai sistem akademik tersendiri yang dikendalikan oleh tenaga akademik daripada pensyarah berpengalaman dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing.

Rujukan

WikiPedia: Kulliyah Ulum Islamiah Zulkifli Muhammad (KUIZM) http://www.kuizm.org/ http://www.kuizm.org/ https://www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%2... https://www.google.com/search?tbm=nws&q=%22Kulliya... https://www.google.com/search?&q=%22Kulliyah+Ulum+... https://www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Kulli... https://scholar.google.com/scholar?q=%22Kulliyah+U... https://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%... https://www.facebook.com/tvpaswilayah/posts/pfbid0... https://www.facebook.com/mohdzuhdi.marsuki/posts/p...